pendidikan khas sekolah kebangsaan mahmud
Taman Santai Orkid, Taman Dapur & Tanaman Jagung-Pisang Projek gitu-gitu yang simple ini dimulakan dengan membuat atap teduh di bahagian depan dapur bagi semaian Orkid spesis Oncidium dan Orkid Tg. Bainun untuk membanyakkan pokok dan bunga-bungaan yang pastinya akan menyejukkan mata memandang kelak. Tanaman Dapur pula melibatkan pokok aroma dan rasa seperti limau nipis, purut, serai, kunyit, bunga kantan, lengkuas, lada dll yang digunakan untuk masakan. Manakala integrasi tanaman jagung dan pisang telah dimulakan pada 11 Jun 2009 pada satu batas panjang. Idea perinci boleh dilihat melalui video projek tanaman jagung.Adalah diharapkan Projek 3 serangkai ini akan memberikan pembelajaran bermakna kepada murid-murid Pendidikan Khas S.K Mahmud yang hasilnya akan dilalui sendiri oleh murid-murid melalui integrasi aktiviti lain seperti Hari Usahawan, Aktiviti Masakan Mingguan KH dll kelak yang juga dapat memudahkan dan membantu perlaksanaan P&P terutamanya saya yang mengajar subjek KH. Ini juga selari dengan pekeliling Program Bumi Hijau oleh Pihak Kementerian Pelajaran dan program Keceriaan Sekolah. Pengalaman sebenar yang dilalui, dilihat dan dirasai sendiri oleh murid-murid diharapkan memberikan impak yang besar kelak buat murid-murid dalam melayari kehidupan kian mencabar.Projek ini masih dalam peringkat permulaan dan mengharapkan sokongan dan idea dari semua guru dan ppm. Terima kasih di atas sokongan semua terutamanya Ezkan, Khibri, Cikgu Annuar, Cikgu Hazma dll dalam menjayakan projek ini.InsyaAllah perkembangan semasa projek ini akan dikemaskini dan sebarang sokongan dan idea dari semua pihak amat diharapkan. Tak sabo rasanya nak makan jagung rebus ramai-ramai, melihat murid menggoreng pisang, Orkid ditanam dijual oleh murid dsb.
Petang ini, 13 Jun 2009, Hujan dan ribut boleh dikatakan hebat juga, telah merebahkan hampir keseluruhan jagung yang ditanam di kawasan rumah. Mungkin kerana juga jagung tersebut ditanam di atas batas menjadikan keadaan tanahnya tidak begitu kuat. Seingat aku, masa kecil-kecil dulu jagung memang terus ditugal di atas tanah. Maka tanahnya lebih kuat untuk menyokong jagung tersebut. Namun percubaan pertama aku menugal terus di atas tanah tanpa membuat batas menghasilkan pokok jagung yang tidak begitu besar malah ada juga yang tidak berbuah terus kerana tidak begitu subur tanahnya agaknya. Berbanding yang kali kedua aku tanam di atas batas ini jelas pokoknya lebih besar dan daunnya lebih lebar. Ya! pengalaman banyak mengajarkan kita akan sesuatu, kita bisa saja bertanya orang yang lebih arif dan telah mencuba untuk mendapatkan pengalaman atau kita perlu mencuba sendiri dengan pelbagai variasi untuk mendapatkan yang terbaik. Pengalaman ini pastinya akan dijadikan iktibar untuk projek di bumi hijau 3 serangkai untuk memastikan matlamat dicapai dan tidak kecewa lantaran projek yang diharapkan tidak berjaya kerana kekurangan pengalaman dan maklumat. Perkongsian pengalaman memang penting dan amat wajar dikongsi bersama jika kita lebih mengetahuinya.Projek jagung itu nampaknya perlu dipagarkan sebagai sokongan dan mengelakkan pokok tumbang dan dipijak oleh murid. Rasanya perlu juga dibuat batas bulat dihujungnya untuk menampakkan suasana landskap walaupun pokok jagung yang ditanam. Banyak lagi cabaran bakal mendatang sebelum hasilnya dirasai! Jagungnya pun baru 2 hari ditanam benihnya.
Pastinya projek keusahawanan jagung ini harus dirancang sebaikmungkin dari beberapa aspek:1)Jaminan bekalan stok berterusan-Banyakkan tanam jagung & alternatif.2)Penyimpanan stok jagung-Perlukan Peti beku3)Tempat jualan & masa jualan-mungkin berhampiran kelas Pemulihan Khas, gerai dan peralatan perlu disediakan. Kenalpasti murid-murid yang boleh mengurus dan menjual.4)Rekod kewangan dari awal.5)Kertas kerja cadangan mohon peruntukkanBiarpun masih terlalu awal, namun segala kemungkinan harus difikirkan untuk menjamin projek yang dilaksana berjaya seperti yang dihasratkan. Segala idea dan cadangan boleh dikongsi kebaikan dan pembelajaran bermakna murid-murid kelak.
Pastinya projek keusahawanan jagung ini harus dirancang sebaikmungkin dari beberapa aspek:1)Jaminan bekalan stok berterusan-Banyakkan tanam jagung & alternatif.2)Penyimpanan stok jagung-Perlukan Peti beku3)Tempat jualan & masa jualan-mungkin berhampiran kelas Pemulihan Khas, gerai dan peralatan perlu disediakan. Kenalpasti murid-murid yang boleh mengurus dan menjual.4)Rekod kewangan dari awal.5)Kertas kerja cadangan mohon peruntukkanBiarpun masih terlalu awal, namun segala kemungkinan harus difikirkan untuk menjamin projek yang dilaksana berjaya seperti yang dihasratkan. Segala idea dan cadangan boleh dikongsi kebaikan dan pembelajaran bermakna murid-murid kelak.
Labels: pendidikan khas